JDT Jalin Kerjasama Strategik Dengan Universal Music
Dunia
Johor Southern Tigers
Advertisements

Pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) telah memperkenalkan rakan strategik mereka yang baharu iaitu Universal Music South East Asia. Syarikat muzik yang cukup terkenal ini bakal menjadi keluarga baharu buat JDT untuk musim 2022.

Selain itu, JDT pada hari ini turut melancarkan satu single terbaru yang bertajuk ‘Pioneers’ sebagai lagu rasmi kelab untuk tahun 2022. Dua penyanyi rap terkenal, Joe Flizzow dan Snoop Dog diberi penghormatan untuk menyanyikan lagu tersebut.

Lagu ini diberi nama Pioneers kerana ia melambangkan visi kepada Johor Darul Ta’zim yang menjadi perintis kepada arena bola sepak. Bukan sahaja perintis untuk memenangi trofi kejuaraan namun JDT ingin menjadi perintis kepada segenap aspek.

Advertisements

Lagu ini juga amat sinonim dengan karakter JDT yang sentiasa dahagakan kemenangan.

Dalam pada itu, pemilik JDT DYAM Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim menzahirkan rasa bangga dan teruja dengan lagu rasmi JDT itu. Baginda turut mengharapkan banyak lagi kerjasama bakal dijalinkan antara JDT dan Universal Music pada masa akan datang.

“Kami juga akan terus berkolaberasi dan banyak lagi projek antara JDT dan Universal Music pada masa akan datang supaya kami dapat memberi inspirasi pada genarasi dan negara,” kata Tunku Ismail.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram