JDT Konsisten Jaringkan Gol Jarak Jauh
Dunia
Johor Southern Tigers
Advertisements

Pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) kini mempamerkan sengat apabila seringkali menjaringkan gol jarak jauh sejak kebelakangan ini.

Anak didik Benjamin Mora dilihat mempamerkan perubahan ketara daripada aspek mereka untuk membolosi gawang lawan menerusi sepakan deras yang direncanakan dari luar kotak penalti.

Perkara ini semakin membuahkan hasil bermula daripada pertemuan menentang Selangor sebelum ini apabila tiga jaringan awal tercetus daripada usaha para pemain yang berani melepaskan percubaan dari luar kotak.

Advertisements

Bergson memulakan pesta gol di Stadium Sultan Ibrahim apabila melakukan satu rembatan kencang seawal minit kedua permainan sekaligus menyentak barisan pertahanan lawan.

Tidak terhenti di situ, mereka terus mengguna pakai senjata ampuh ini apabila Fernando Forestieri pula menyumbat gol kedua menerusi sepakan percuma sebelum rembatan kencang Leandro Velasquez memerangkap Khairul Azhan untuk gol ketiga dari luar kotak penalti.

Bukan itu sahaja, pasukan Harimau Selatan juga sedar dengan rencana lawan yang bermain lebih bertahanan ketika bertemu dengan juara bertahan Liga Super ini.

Advertisements

Mereka meneruskan pendekatan ini ketika merakam kemenangan ke atas pasukan Petaling Jaya City (PJ City) apabila Bergson sekali lagi menjaringkan gol menerusi sepakan deras menewaskan Kalamullah Al-hafiz untuk gol pembukaan pasukan.

Gandingan berbisanya di bahagian serangan, Fernando Forestieri juga cemerlang apabila sekali lagi meledak menerusi satu sepakan percuma yang cukup cantik.

Ini juga sudah pasti menjadi salah satu aspek yang diperhalusi semasa sesi latihan dalam usaha memantapkan pasukan dari segenap sudut.

Advertisements

Kebanyak daripada lain-lain jaringan yang dihasilkan adalah menerusi rembatan sekaligus mempamerkan keseriusan JDT untuk beraksi pada pusingan kalah mati Liga Juara-Juara Asia (ACL) Ogos nanti.

Mereka dijadualkan bertemu dengan juara Asia dua kali, Urawa Red Daimonds dalam usaha untuk mara ke kelompok 8 pasukan terbaik dalam kejohanan ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram