JDT Lepaskan 3 Pemain Secara Pinjaman
MakanBola
JOHOR SOUTHERN TIGERS

Juara Liga Super Malaysia 12 tahun berturut-turut, Johor Darul Ta’zim (JDT) telah melepaskan 3 pemain secara pinjaman.

Harimau Selatan mengharungi kempen cemerlang musim ini apabila tidak tewas dalam mana-mana kejohanan domestik musim ini selain mara ke suku akhir ACLE dengan bertemu gergasi Arab Saudi, Al-Ahli.

Persaingan merebut tempat dalam kesebelasan utama pasukan telah menyebabkan beberapa pemain utama pasukan dilepaskan secara pinjaman.

Pemain tengah JDT, Nazmi Faiz menjadi tonggak terbaru yang dilepaskan oleh skuad Harimau Selatan secara pinjaman.

Tonggak berusia 32 tahun itu dijangka membawa haluan ke Kuching City untuk membantu pasukan bimbingan Aidil Sharin Sahak dalam kempen ACL 2 musim hadapan.

Selepas itu, pemain muda JDT yang tiba dari Sri Pahang iaitu Ibrahim Manusi turut mengesahkan bakal meninggalkan kelab tersebut secara pinjaman dan dikhabarkan bakal menyertai The City Boys.

Seorang lagi pemain yang beraksi di posisi penyerang, Ajdin Mujagic turut membawa haluan baharu dan dijangka mengikut langkah Nazmi Faiz Mansor dengan menyertai The Cats.

Selain itu, 2 pemain import iaitu Park Jun-heong & Heberty telah meninggalkan Harimau Selatan bagi mencari pengalaman baharu.

Setakat ini, JDT telah menerima 4 muka baharu seperti Shahab Zahedi, Dejan Petrovic, Brad Tapp dan Kevin Medina.