Kevin Medina Bintang Baharu JDT
MakanBola
JOHOR SOUTHERN TIGERS

Bek tengah Colombia, Kevin Medina sah melengkapkan perpindahan ke Johor Darul Ta’zim (JDT).

Perpindahan bekas bek tengah Qarabag FK itu diumumkan pengurusan JDT menerusi satu kenyataan di semua platform rasmi mereka.

“Pemain Colombia, Kevin Medina, tiba di Johor. Selamat datang ke kediaman Harimau Selatan,” kata kelab dalam satu kenyataan.

Perpindahan ini sekali gus mengesahkan pemain import keempat berhijrah ke JDT bagi saingan musim 2026/27.

Selain mampu beraksi sebagai bek tengah, Kevin juga boleh mengisi posisi di bahagian pertahanan kiri jika perlu.

Beliau pernah menjulang Liga Azerbaijan sebanyak 4 kali dari tahun 2021 sehingga 2024. Kevin Medina turut merasai gelaran Piala Azerbaijan pada musim 2021/22 dan 2023/24.

Kevin Medina menjadi rekrut keempat Harimau Selatan selepas penyerang Iran, Shahab Zahedi, pemain tengah Slovenia, Dejan Petrovic dan bek tengah Australia-Malaysia, Brad Tapp.