JDT Lepaskan Jonathan Herrera
Transfer
Johor Southern Tigers
Advertisements

Pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) sudah tentu mempunyai sebab yang munasabah apabila mereka dikatakan melepaskan penyerang berbisa dari Argentina, Jontahan Herrera selepas beberapa musim dipinjamkan ke pasukan lain.

Hasil tinjauan di laman web transfermarkt, Herrera telah dilepaskan JDT dan kini merupakan pemain baharu kelab divisyen dua Argentina, Ferro Carril Oeste. Herrera juga berkongsi berita perpindahan itu di laman instagram beliau.

Untuk rekod, Herrera dibawa masuk sebagai penyerang import baharu JDT untuk Liga Malaysia musim 2020. Namun pada ketika itu, JDT turut mendapat tawaran untuk mendapatkan pemain itu secara pinjaman dari kelab gergasi Argentina, Independiente yang berminat mendapatkan penyerang berbisa itu.

Advertisements

Disebabkan tawaran lumayan dari Independiente, JDT melepaskan Herrera secara pinjaman dengan pilihan menjadikan perjanjian pinjaman Herrera sebagai perpindahan tetap dengan yuran sebanyak $1 juta (RM4.1 juta) pada ketika itu.

Namun Independiente tidak mahu menjadikan Herrera sebagai pemain tetap dan menimbulkan isu yang hangat sehingga melibatkan Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) yang akhirnya menyaksikan Independiente terpaksa membayar denda kepada JDT sebanyak $1.1 juta (RM4.5 juta).

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram