Johor Darul Ta’zim (JDT) memperkenalkan bintang, Shabab Zahedi dari Iran sebagai penyerang baharu pasukan.
Pengumuman ini dibuat menerusi sebuah hantaran di laman media sosial Johor Southern Tigers yang memperkenalkan kedatangan Shahab Zahedi sebagai penyerang baharu JDT di laman keramat, Stadium Sultan Ibrahim.
Kelibat Shahab Zahedi diperkenalkan berada di dalam stadium berkenaan bersama jersi skuad Harimau Selatan dengan nombor 7, simbolik kepada nombor jersi yang bakal pemain berusia 31 tahun ini gunakan pada musim hadapan.
“Shahab Zahedi sang juara, selamat datang ke Rumah Sang Juara,” umum pihak pengurusan JDT.
Untuk rekod, kelab terakhir Shahab Zahedi merupakan Avispa Fukuoka yang bermain di Liga Divisyen Saty Jepun selain beliau turut memiliki pengalaman beraksi di Iran, Korea dan Ukraine sebelum tiba di bumi Johor.
Musim lalu, bintang kelahiran Iran ini berjaya menjaringkan satu gol dalam 7 penampilan bersama Avispa Fukuoka.