JDT Sedia Buat Apa Saja Untuk Malukan Kawasaki Frontale Malam Ini
Dunia
Bernama
Advertisements

Menjelang perlawanan kedua kumpulan I Liga Juara-Juara Asia (ACL) di antara Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Kawasaki Frontale malam ini, JDT dilihat sudah bersedia untuk melakukan apa sahaja untuk menundukkan Kawasaki Frontale di Stadium Sultan Ibrahim malam ini.

Skuad kendalian Benjamin Mora berjaya mengikat Kawasaki Frontale 0-0 pada aksi pertama Khamis lalu, sekali gus mengharapkan kemenangan ke pusingan kalah mati selepas ini.

Bagaimanapun, walaupun sudah bersiap-siaga untuk menghadapi halangan ini, jurulatih JDT, Benjamin Mora menjangkakan pasukan Jepun itu pasti memberi saingan sengit dan akan terus melalukan yang terbaik untuk mendapatkan kemenangan.

Advertisements

“Kami sudah bersedia.. Saya sendiri bersedia untuk turun ke padang tapi saya tak boleh bermain.”

“Pemain JDT sudah bersedia menghadapi cabaran ini. Sudah tentu saya jangkakan pasukan Jepun akan memberi tentangan sengit ekoran sejarah, budaya dan disiplin mereka, mereka akan terus melakukan yang terbaik,” katanya kepada Sinar Harian.

Mora juga akui beberapa pemain utamanya tampak keletihan apabila mengharungi tiga perlawanan berturut-turut tapi keinginan untuk berada di dalam kesebelasan utama tetap tinggi malah mereka mahu kekalkan rentak untuk melakar kemenangan.

Advertisements

“Pemain yang kerap diturunkan pada tiga aksi berturut-turut jelas keletihan tapi mereka seolah-olah mengetepikan faktor itu sebaliknya keazaman untuk terus beraksi begitu tinggi. Saya tidak boleh menolak harapan mereka jika mereka mahu beraksi.” jelasnya.

“Kita akan berdepan pasukan di ranking pertama kelab Asia dan semestinya ia cukup mendebarkan kerana Kawasaki Frontale pasti mahu menebus kekecewaan selepas terikat 0-0 menentang kita sebelum ini.”

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram