JDT Tidak Akan Jadi Tuan Rumah Menentang Urawa Red Diamonds
Dunia
Johor Southern Tigers
Advertisements

Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) dijangka bakal berdepan ujian getir pada aksi kalah mati Liga Juara-Juara Asia (ACL) menentang kelab Jepun, Urawa Red Diamonds yang dijadualkan pada 18 Ogos – 19 Ogos depan.

Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) dalam muat naik terbaru dalam laman instagram mereka telah mengesahkan bahawa semua perlawanan kalah mati Liga Juara-Juara Asia bagi zon Asia Timur akan dilangsungkan secara perlawanan berpusat atau ‘centralised matches’ di Saitama, Jepun.

Ini menandakan terdapat kelebihan buat beberapa kelab Jepun yang layak ke pusingan kalah mati yang akan beraksi di negara mereka sendiri. Untuk rekod, tiga kelab Jepun berjaya mara ke pusingan kalah mati iaitu Urawa Red Diamonds, Vissel Kobe dan Yokohama F Marinos.

Advertisements

Pasukan yang mara ke pusingan kalah mati akan melalui pusingan 16, pasukan yang menang pada aksi tersebut akan beraksi di peringkat suku akhir yang dijadualkan pada 22 Ogos dan diteruskan dengan aksi separuh akhir pada 25 Ogos.

Manakala perlawanan akhir pula akan diadakan secara timbal balik. Perlawanan akhir pertama akan diadakan pada 19 Februari 2023 dan perlawanan akhir kedua dijadualkan pada 26 Februari 2023.

Buat pasukan JDT, mereka telah melakar sejarah apabila menjadi pasukan dari Malaysia pertama yang mara ke pusingan kalah mati Liga Juara-Juara Asia dengan berjaya menyingkirkan beberapa kelab gergasi Asia seperti Ulsan Hyundai (Korea), Kawasaki Frontale (Jepun) dan Guangzhou FC (China).

Advertisements

Pengalaman berharga menentang kelab-kelab besar di benua Asia sudah tentu akan menjadikan kelab ini lebih baik dari segala aspek. Dengan kejayaan JDT mara ke ke aksi kalah mati ACL, ianya secara tidak langsung menaikkan mata Ranking MA AFC dan akan membantu kelab Malaysia yang lain untuk beraksi di pentas tertinggi Asia itu.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram