JDT Ucap Selamat Tinggal Kepada ACL Lebih Awal
ACL
Johor Southern Tigers
Advertisements

Wakil Malaysia di pentas Liga Juara-Juara Asia (ACL), Johor Darul Ta’zim (JDT) terpaksa melupakan hasrat untuk bersaing di pentas tertinggi Asia tersebut.

Pasukan bimbingan Tano Solari mencatatkan satu lagi kekalahan apabila tewas besar kepada Kawasaki Frontale dengan keputusan 5-0.

Sungguhpun bermula baik apabila ketinggalan hanya 1-0 pada babak pertama namun Kawasaki Frontale menambah empat jaringan pada babak kedua.

Advertisements

Kekalahan itu menyaksikan perjalanan skuad Harimau Selatan di pentas ACL musim ini terhenti.

Perkara ini dikongsikan oleh Footy Rankings bahawa perlawanan yang berlangsung hari ini menyaksikan jaguh Jepun, Kawasaki Frontale layak selaku juara Kumpulan l.

Advertisements

Ulsan Hyundai yang mengatasi cabaran BG Pathum United difahamkan bakal menamatkan saingan di tempat kedua namun masih belum melayakkan diri.

Terdapat hanya 5 slot tempat kedua terbaik sekaligus menyaksikan beberapa pasukan seperti Shandong Taishan, Melbourne City, Jeonbuk Hyundai dan lain-lain.

Advertisements

Ulsan Hyundai memiliki kelebihan jaringan ke atas JDT hasil dua pertemuan sekaligus menutup peluang JDT mara sekiranya terikat mata yang sama dengan wakil Korea itu.

JDT masih memiliki baki aksi di ACL menentang BG Pathum United pada 12 Disember 2023 di Stadium Sultan Ibrahim.

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram