JDT vs Selangor: Hatrik Arif Aiman Bawa JDT Ke Final Piala FA
Piala FA
Johor Southern Tigers
Advertisements

Pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) menempah tiket ke pentas akhir Piala FA apabila menewaskan Selangor dengan keputusan 4-0.

Kedua-dua pasukan menurunkan kesebelasan terbaik dalam misi mencatatkan kemenangan penting untuk melayakkan diri ke pentas akhir mengiringi KL City FC.

Selangor lebih rancak melakukan serangan awal terutamanya menerusi sepakan penjuru namun tidak membuahkan hasil.

Advertisements

JDT hanya memerlukan satu serangan balas pantas sebelum Arif Aiman melepaskan rembatan untuk gol pembukaan perlawanan.

Pemain berusia 21 tahun itu terus menghukum kealpaan benteng pertahanan The Red Giants apabila menjaringkan dua lagi gol pada minit ke-33 dan 40 untuk melengkapkan hatriknya pada perlawanan ini.

Advertisements

Bersambung babak kedua, Selangor tidak diberikan ruang untuk bernafas apabila pemain kelahiran Argentina, Fernando Forestieri meledak gol keempat JDT.

Percubaan demi percubaan yang dilancarkan oleh pemain Selangor terus dinafikan oleh penjaga gawang JDT, Ahmad Syihan Hazmi sekaligus menyaksikan gawang gol mereka kebal tak dibolosi.

Advertisements

JDT menempah slot ke final dan bakal berdepan KL City dalam merebut kejuaraan Piala FA.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram