JDT Yakin Akan Tundukkan Guangzhou Lagi Malam Ini
Dunia
JDT
Advertisements

Pengendali Johor Darul Ta’zim (JDT), Benjamin Mora yakin anak buahnya akan tundukkan Guangzhou FC pada aksi Kumpulan I Liga Juara-Juara Asia (ACL) di Stadium Sultan Ibrahim, malam ini.

Beliau akui JDT kehilangan mata ketika perlawanan menentang pasukan Jepun yang lepas. Namun, untuk layak ke pusingan yang seterusnya pasukannya perlu mengutip enam dalam dua perlawanan terakhir ini.

Dalam pada itu, Mora juga percaya mampu ulangi kemenangan dengan Guangzhou kerana kali ini beliau menurunkan pemain import, berpengalaman dan pemain muda untuk memberi peluang menunjukkan prestasi yang terbaik.

Advertisements

“Ketika ini, kami terikat tujuh mata dengan Ulsan Hyundai, jadi kami perlu mengutip enam dalam dua perlawanan terakhir ini dan selepas itu melihat peluang untuk layak,”

“Kami akan mengubah nasib selepas tewas 5-0 kepada Kawasaki Frontale, baru-baru ini dan kali ini menentang Guangzhou FC yang pernah kami tewaskan 5-0.”

“Kami optimis mampu mengulangi kemenangan itu dengan skuad besar 35 pemain membabitkan pemain import, pemain berpengalaman serta pemain muda. Jadi, kami akan memberi peluang kepada yang berada di prestasi terbaik untuk turun beraksi,” katanya kepada Harian Metro.

Advertisements


Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram