Jeneral Palestin Sertai Kelantan United
Transfer
Odaikharoub10
Advertisements

Pemain tengah Palestin, Odai Kharoub telah menyertai Kelantan United FC untuk mengharungi saingan Piala Liga Malaysia musim 2024/25.

Perpindahan tersebut diumumkan pengurusan KUFC menerusi satu kenyataan di laman media sosial rasmi mereka sebentar tadi.

“Mengumumkan pemain tengah asal Palestin, Oday Kharoub telah menyertai Kelantan United FC untuk saingan Liga Malaysia musim 2024/25.”

Advertisements

“Selamat datang Odai Kharoub ke Malaysia dan Negeri Kelantan khususnya,” kata kelab dalam satu kenyataan.

Jeneral Palestin itu telah beraksi di kelab Liga Premier Palestin, Hilal Al-Quds dan dipilih masuk menyertai pasukan kebangsaan negaranya dalam kesebelasan utama bagi kejohanan Piala Asia baru-baru ini.

Sebelum ini, beliau hanya beraksi di sekitar Liga Palestin sahaja. Ini merupakan pengalaman pertama Odai bermain di luar negara kelahirannya.

Advertisements

Untuk rekod, Odai juga pernah beraksi hampir 23 perlawanan bersama skuad senior Palestine.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram