Advertisement
Jepun Hilang Tonggak Piala Dunia
Asia
MakanBola
FA Japan

Pemain pertahanan berpengalaman Jepun, Hiroki Sakai terpaksa disisihkan selama 3 bulan akibat kecederaan lutut belah kanan.

Sakai merupakan tonggak penting Jepun sewaktu kejohanan Piala Dunia 22 Qatar tahun lalu dimana pasukan Samurai Biru tewas kepada Croatia menerusi penentuan sepakan penalti dalam pusingan 16.

Pemain berusia 33 tahun itu merupakan sebahagian daripada skuad utama ketika Jepun menewaskan Jerman 2-1 dalam aksi pertama Piala Dunia 2022.

Pertahanan kanan yang turut mampu beraksi diposisi pertahanan kiri itu kini bermain untuk pasukan Urawa Red Diamonds dan pernah beraksi dalam kejohanan Piala Dunia sebanyak 3 kali.

Hiroki Sakai bagaimanapun masih belum dipanggil menyarung jersi Jepun sepanjang tahun 2023 ini dan kali terakhir beliau bermain untuk Jepun adalah dalam kejohanan Piala Dunia tahun lalu.

Pertahanan kental ini merupakan pemain penting Urawa Reds dan telah melakukan 25 penampilan liga bersama kelab dimana beliau turut mencetak 2 gol.

Kecederaan panjang ini menyaksikan Sakai bakal terlepas baki aksi J League untuk tahun ini dan berkemungkinan tidak akan bersama Jepun untuk kejohanan Piala Asia 2024 kelak.