Jepun Mahu Kekalkan Hajime Moriyasu
MakanBola
Japan FA

Jepun dilaporkan mahu mengekalkan khidmat jurulatih mereka, Hajime Moriyasu sehingga Piala Dunia 2030.

Star News Korea melaporkan Persatuan Bola Sepak Jepun (JFA) cukup berpuas hati dengan prestasi yang ditampilkan anak buah Moriyasu dalam Piala Dunia 2026 setakat ini.

Atas sebab itu, Jawatankuasa Teknikal JFA diketuai Presiden, Tsuneyasu Miyamoto berharap dapat mengekalkan khidmat beliau sehingga 2030.

Meskipun Moriyasu dilaporkan mahu mencari peluang melatih kelab di luar negara, JFA berharap Moriyasu dapat kekal bersama pasukan yang diberi jolokan Samurai Biru itu.

Jika usaha tersebut membuahkan hasil, Moriyasu bakal menjadi jurulatih Jepun pertama yang membimbing pasukan itu selama 12 tahun.

Beliau berpotensi memintas rekod 10 tahun yang dipegang jurulatih legenda Jepun, Ken Naganuma. Naganuma melatih Samurai Biru sebanyak dua kali iaitu 1963-1969 dan 1972-1976.

Moriyasu turut memegang rekod mengendali perlawanan Jepun paling banyak iaitu 106 perlawanan setakat ini. Beliau diekori legenda Brazil, Zico dengan 70 perlawanan dan Alberto Zacherroni (55 perlawanan).

Jepun dijadual bertemu Brazil dalam pusingan 32 pasukan terbaik pada 29 Jun di Houston, Texas, Amerika Syarikat.