Piala Dunia
Football Daily
Advertisements

Selepas Belgium dan Denmark, giliran Jerman pula mengucapkan selamat tinggal kepada Piala Dunia. Ini selepas mereka menewaskan Costa Rica 3-2 dalam perlawanan terakhir Kumpulan E Piala Dunia 2022.

Perlawanan hari ini juga dianggap bersejarah kerana menampilkan pengadil wanita pertama dalam sejarah Piala Dunia. Stephanie Frappart dari Perancis diberi kepercayaan mengadili perlawanan yang menentukan siapa bakal layak ke pusingan kalah mati Piala Dunia.

Serge Gnabry Jerman Piala Dunia 2022 Opta Franz Jerman Tersingkir Dari Piala Dunia
Serge Gnaby menewaskan Keylor Navas untuk gol pertama Jerman. Gambar: Opta Franz

Jerman mendahului La Tricolor seawal minit ke-10 menerusi Serge Gnabry. Bek kiri David Raum membuat satu hantaran mudah dari sebelah kiri yang mudah disempurnakan bekas pemain Arsenal itu untuk gol pertama Die Mannschaft. Itu juga merupakan gol pertama Gnabry bersama pasukan kebangsaan.

Advertisements

Jerman terus mengasak bagi menambah gol kedua. Dan Costa Rica bernasib baik apabila penjaga gol Keylor Navas berjaya menafikan tandukan pemain tengah Jerman, Leon Goretzka daripada menembusi jaring mereka pada minit ke-14. Dengan Die Mannschaft menguasai bahagian tengah, sukar bagi Los Ticos keluar dari bahagian mereka.

Bintang baru Jerman, Jamal Musiala terus menguji pertahanan Costa Rica. Dia menggelecek beberapa pemain sebelum mara ke kotak penalti dengan hanya Navas sebagai penghalang. Bagaimanapun, sepakan Musiala tersasar sekaligus melegakan para penyokong La Tricolor.

Advertisements

Tetapi kecemerlangan Jerman di bahagian serangan hampir saja dirobek oleh kealpaan Antonio Rudiger. Kesilapan Rudiger mengawal bola pada minit ke-42 mengakibatkan Keysher Fuller hampir menjaringkan gol penyamaan La Tricolor tetapi berjaya diselamatkan oleh penjaga gol Manuel Neuer. Kedudukan 1-0 kekal sehingga rehat.

Selepas rehat, Costa Rica bangkit menyamakan kedudukan pada minit ke-58 menerusi Yeltsin Tejeda. Gol terhasil menerusi serangan balas dari sebelah kanan di mana hantaran tersebut ditanduk Kendall Waston. Walaupun Neuer berjaya menepis tandukan tersebut, beliau tidak dapat menghalang Tejeda daripada menyamakan kedudukan untuk La Tricolor.

Advertisements
Juan Pablo Vargas meraikan jaringan kedua Costa Rica. Gambar: FIFA World Cup

Jerman cuba bangkit tetapi tidak percaya apabila percubaan mereka pada minit ke-61, 62 dan 67 terkena palang gol. Sebaliknya, Los Ticos pula mendahului menerusi Juan Pablo Vargas pada minit ke-70. Selepas diperiksa oleh VAR, gol tersebut dikira sekaligus menceriakan penyokong Costa Rica.

Bagaimanapun, keceriaan mereka tidak bertahan lama apabila Kai Havertz menyamakan kedudukan 2-2 dua minit selepas itu. Selepas menerima hantaran Niclas Fullkrug, Havertz mudah menewaskan Navas bagi memberi sedikit harapan kepada Die Mannschaft. Pemain Chelsea itu hampir menambah gol ketiga pada minit ke-76 selepas menerima hantaran Leroy Sane tetapi berjaya dinafikan Navas.

Advertisements

Havertz meletakkan Jerman kembali di hadapan pada minit ke-85 selepas menyudahkan hantaran Gnabry. Sane sekali lagi menjadi penyedia hantaran, kali ini kepada Fullkrug bagi menambah gol keempat Jerman empat minit selepas itu. Keputusan 4-2 kekal sehingga tamat perlawanan.

Tetapi harapan Die Mannschaft ialah Sepanyol seri dengan Jepun bagi membolehkan mereka mara. Malangnya, kekentalan pertahanan Samurai Biru melenyapkan terus impian Jerman untuk mara lebih jauh dalam kejohanan. Penyingkiran Jerman dijangka mengundang persoalan tentang masa depan Hansi Flick sebagai jurulatih mereka lebih-lebih lagi bagi menghadapi EURO 2024 sebagai tuan rumah.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram