Liga Super: Johor Darul Ta’zim Mudah Benam Cabaran Sarawak United
Dunia
Johor Southerns Tiger
Advertisements

Johor Darul Ta’zim meneruskan momentum kemenangan mereka apabila mudah membenam cabaran Sarawak United di laman sendiri dalam perlawanan kedua Liga Super dengan jaringan 6-0.

JDT tampil dengan formasi 4-3-3 pada malam ini setelah bermain dengan formasi 3-4-3 dalam 2 perlawanan terdahulu. Shahrul Saad bermain di bahagian pertahanan kanan pada malam ini. Sarawak United pula bermain 4-4-2 dengan meletakkan gandingan Uche Agba dan Francis Kone dibahagian serangan.

Fernando Forestieri tidak menunggu lama untuk menjaringkan gol pertama JDT dalam perlawanan ini apabila percubaan leret beliau berjaya menerjah gawang seawal minit ke-15 perlawanan. Pertelingkahan antara Shane Lowry dan Francis Kone pula menyebabkan kedua-dua pemain dilayangkan kad kuning pertama.

Advertisements

JDT kemudian menggandakan jaringan menerusi Bergson da Silva pada minit ke-39 perlawanan hasil hantaran lintang cantik dari Arif Aiman.

Bersambung babak kedua, pemain Sarawak United Raja Imran Shah dilayangkan kad merah setelah menerima 2 kad kuning. JDT kemudian dihadiahkan sepakan percuma hasil kekasaran Imran Shah. Bergson sekali lagi menjaringkan gol menerusi set piece Fernando Forestieri.

10 minit kemudian, giliran Charlie de Murga mencatat nama sebagai penjaring apabila beliau menanduk masuk bola sepakan sudut dari Arif Aiman. Safawi Rasid pula menjaringkan gol kelima pada minit ke-80 perlawanan. Safawi melakukan percubaan dari dalam kotak penalti setelah menerima hantaran Bergson.

Advertisements

Gol keenam JDT pula hadir menerusi penyudah tajam Forestieri yang menerima hantaran daripada pemain veteran JDT, Safiq Rahim.

Bermain dengan 10 orang, Sarawah United nyata sukar menyekang asakan pemain JDT malah dalam 20 minit terakhir perlawanan, JDT terus melakukan serangan bertali arus.

Tamat perlawanan, JDT menang besar dengan dengan jaringan 6-0 ke atas Sarawak United. JDT kini mengutip 6 mata hasil dari 2 kemenangan pertama liga super.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram