Johor Darul Ta’zim Raikan Kejayaan Dengan Main Bunga Api
Dunia
Instagram: @officialjohor
Advertisements

Juara Liga Super Malaysia 2021, Johor Darul Ta’zim baru-baru ini telah memuat naik satu kenyataan rasmi berhubung sambutan bagi meraikan kejuaraan Liga Super lapan kali berturut-turut kelab itu

Menerusi hantaran di Instagram rasmi JDT, kelab tersebut memaklumkan bahawa acara pertunjukkan bunga api akan berlangsung pada 12 September 2021. Para penyokong Harimau Selatan juga akan turut sama meraikan keyajaan JDT secara ‘in-car viewing’.

Johor Darul Ta’zim kini sedang dalam usaha untuk memastikan sambutan ini berjalan dengan teratur, lancar dan mengikut kepada prosedur operasi standard yang ditetapkan.

Advertisements

Pihak pengurusan JDT sedang berbincang dengan pihak berkuasa tempatan dan kebangsaan bagi memuktamadkan prosedur operasi standard (SOP) bagi urusan kemasukan penyokong.

Acara itu akan bermula selepas sahaja tamat perlawanan diantara JDT menentang Kuala Lumpur City FC. Persembahan itu akan diadakan di perkarangan tempat letak kereta Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, Johor.

Sambutan ini turut menyajikan persembahan piala dan persembahan khas buat para penyokong kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim. Pengumuman lanjut akan diberitahu nanti dan sama-sama kita nantikan hari Ahad, 12 September kelak.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram