Liga Super: Harimau Terus Mengaum, Johor Darul Ta’zim Gah Tumbangkan Melaka United
Liga Super
Advertisements

Perlawanan ke-17 Liga Super 2021 yang melibatkan pertembungan pasukan Melaka United dan juga pendahulu liga, Johor Darul Ta’zim di Stadium Hang Jebat, Melaka berkesudahan dengan kemenangan berpihak kepada pasukan pelawat dengan jaringan 1-0.

Pasukan kendalian Benjamin Mora turun dengan kesebelasan terbaiknya yang diketuai oleh penjaring terbanyak Liga Super, Bergson Da Silva sementara Melaka juga turun dengan barisan terkuatnya dalam usaha meraih kemenangan pertama dalam pertemuan menentang Harimau Selatan yang datang dengan rekod cemerlang.

Tidak sampai seminit perlawanan berlangsung, tindakan kurang cermat pemain pertahanan Melaka dalam kotak penalti dengan membentes larian yang dilakukan oleh
pemain sayap lincah JDT iaitu Gonzalo Cabrerra menghadiahkan penalti awal buat pasukan pelawat yang tenang disudahkan oleh penyerang berbisa Harimau Selatan, Bergson Da Silva.

Advertisements

Tersentak dengan jaringan awal, pasukan kendalian Zainal Abidin Hassan meningkatkan intensiti permainan dengan membuat serangan balas pantas untuk menembusi kubu pasukan Johor. Namun begitu, beberapa percubaan termasuklah rembatam Wan Zaharul Nizam berjaya dipatahkan dengan baik.

Peluang terbaik pasukan Johor Darul Ta’zim untuk menambah jaringan hadir apabila rembatan kencang Gonzalo Cabrerra ke bahagian kanan pintu gol pasukan Melaka United sedikit tersasar. Susulan itu, serangan yang dilakukan oleh JDT menerusi duo Bergson dan Safawi Rasid dilihat cukup berbahaya ketika pemain sayap itu tidak dikawal dengan baik. Safawi berjaya melepaskan satu rembatan namun gagal menewaskan penjaga gol Melaka yang lebih bersedia.

Bersambung babak kedua, pasukan Harimau Selatan terus menggandakan asakan untuk menambah jaringan dengan kemasukan Syamer Kutti Abba yang masuk untuk menggantikan Natxo Insa bagi menambah kelajuan dalam perlawanan serta Sumareh yang menggantikan Safawi Rasid.

Advertisements

Johor Darul Ta’zim dilihat agar sukar untuk menembusi pertahanan pasukan tuan rumah yang lebih selesa bermain di kawasan sendiri. Hantaran demi hantaran dilakukan perancang tengah untuk mematahkan barisan pertahanan yang tenang mengawal keadaan.

Kemenangan ini memberikan JDT kedudukan yang sangat selesa selaku pendahulu Liga Super apabila berjaya menjarakkan diri dengan pasukan Terengganu FC 11 mata. Ia merupakan satu kedudukan yang sangat baik untuk JDT mengorak langkah untuk menjuarai liga pada musim ini sambil pencabar terdekat keciciran mata.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram