Dunia
Kredit Gambar: JOHOR Southern Tigers
Advertisements

Saingan aksi Piala Malaysia 2020 telah bermula pada malam 6 November dengan tiga perlawanan berlangsung serentak. Salah satunya adalah perlawanan Johor DT menentang Kuching FA dengan kemenangan 1-0 berpihak kepada Johor.

Beraksi di Larkin, Johor DT dilihat banyak menguasai perlawanan sepanjang  90 minit. Jaringan tunggal Johor DT hadir pada minit ke 19 menerusi pemain muda mereka, Arif Aiman.

Gol itu berpunca daripada hantaran tinggi Cabrera yang mencari Diogo namun bola yang didada Diogo meluncur sedikit laju dan tepat menyinggah kaki Arif Aiman. Pemain berjersi 42 itu dengan tenang menyudahkan jaringan tersebut.

Advertisements

Johor DT kerap bermain di wide area (bahagian sisi padang) dan mereka berjaya mencipta beberapa peluang gol namun gagal disudahkan dengan baik.

Di babak kedua, Kuching mula mengatur beberapa siri percubaan tetapi berjaya diselamatkan penjaga gol Johor, Idzham Tarmizi.

Johor memiliki peluang untuk menambah jaringan gol melalui Matthiew Davies namun sepakan pemain itu sekadar terkena tiang gol.

Advertisements
jdt 4 Johor DT Tepati Ramalan Ke Suku Akhir Piala Malaysia
Kredit Gambar: JOHOR Southern Tigers

Pemain pertahanan Kuching berjaya menyekat serangan Johor sekali gus menyaksikan mereka sekadar bolos satu gol.

Kedua-dua pasukan cuba mencari gol namun tiada sebarang gol terhasil sehingga tamat permainan. Barisan pertahanan Johor beraksi dengan baik namun bahagian serangan Johor kali ini dilihat sedikit tumpul.

Tamat perlawanan, Johor DT 1- 0 Kuching FA.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram