Jordan Henderson Mahu Lepas Dari ‘Perangkap’ Di Arab Saudi
Transfer
MakanBola
Al-Ettifaq
Advertisements

Selepas Roberto Firmino, seorang lagi legenda Liverpool, Jordan Henderson berhasrat mahu meninggalkan Arab Saudi.

Akhbar Daily Mail mendedahkan pemain tengah England itu berdepan masalah beradaptasi di Arab Saudi selepas melengkapkan perpindahan ke Al-Ettifaq dengan yuran perpindahan £12 juta (RM71 juta).

Advertisements

Selain berdepan masalah beradaptasi, prestasi buruk Al-Ettifaq dalam Saudi Pro League mula memberi tekanan kepada pengurus Steven Gerrard.

Ini kerana kelab masih belum merekodkan kemenangan dalam sembilan perlawanan semua kejohanan. The Commandos merekodkan lima keputusan seri dan empat kekalahan dalam tempoh dua bulan.

Selain itu, mereka turut tersingkir daripada King Cup of Champions selepas tewas kepada Al-Nassr di pusingan 16 terbaik kejohanan pada 31 Oktober lalu.

Advertisements

Kedudukan Gerrard semakin terjejas apabila pembantu jurulatih, Ian Foster telah menerima tawaran sebagai pengurus kelab Liga Kejohanan, Plymouth Argyle.

Sekiranya Henderson kembali ke England, beliau perlu mengambil potongan gaji yang besar. Ini kerana ketika ini, beliau menerima gaji berjumlah £700,000 (RM4.1 juta).

Selain itu, kelab-kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) juga perlu mematuhi Peraturan Fair Play Kewangan EPL bagi mengelak dikenakan hukuman seperti denda atau potongan mata.

Advertisements

Antara kelab yang dilaporkan berminat mendapatkan Henderson ialah Newcastle United, Crystal Palace dan Fulham.

News Comments Account