Jordan Mintah Kembali Perkuat Terengganu
MakanBola
TERENGGANU FC

Pemain naturalisasi negara, Jordan Mintah akhirnya menemui destinasi untuk mengharungi saingan liga musim ini selepas disahkan kembali menyertai Terengganu FC buat kali ketiga.

Perpindahan Jordan ke Terengganu telah diumumkan pihak kelab melalui satu kenyataan yang disiarkan di semua laman sosial rasmi pasukan.

“Selamat Pulang 𝑱𝑶𝑹𝑫𝑨𝑵 𝑴𝑰𝑵𝑻𝑨𝑯!🏴🏳️,” kata Terengganu FC dalam satu kenyataan di laman X.

Beliau kembali ke bumi Terengganu selepas 2 musim bersama Kuching City sejak 2024 sehingga membantu kelab tersebut layak ke saingan ACL 2 musim hadapan.

Bekas penyerang KL City itu dijangka bakal membentuk gandingan ampuh di bahagian serangan Terengganu bersama-sama Romel Morales dan penyerang kebangsaan Curacao, Gervane Kastaneer.

Untuk rekod, Jordan Mintah pernah beraksi di Terengganu pada 2022 sebelum berhijrah ke KL City pada akhir musim 2022 dan kembali menyertai TFC pada tahun 2024.

Selepas itu, Jordan meneruskan karier beliau di Liga Malaysia dengan menyarung jersi Kuching City di bawah kendalian jurulatih Singapura, Aidil Sharin Sahak.

Sepanjang bersama Kuching City, Mintah telah beraksi 49 perlawanan dengan berjaya meledak 17 gol selain turut menyumbang 2 bantuan jaringan sekali gus membawa nilai positif ke kem pasukan Sang Penyu.