Jordi Amat Akui Fasiliti JDT Lebih Baik Berbanding Kelab Diwakili Sebelum Ini
Dunia
Johor Southern Tigers
Advertisements

Pemain terbaru JDT kacukan Sepanyol-Indonesia, Jordi Amat meluahkan perasaannya menerusi satu muat naik terbaru di akaun Instagramnya.

Beliau menafikan tuduhan orang ramai berkenaan keputusannya menyertai JDT adalah disebabkan wang semata-mata sebaliknya beliau sememangnya ingin beraksi di rantau Asia.

“Hal pertama yang ingin saya jelaskan adalah semua tuduhan yang salah terhadap saya, yang mengatakan saya ingin dapatkan passport Indonesia hanya untuk dapat beraksi sebagai kuota Asia di pasukan baru saya, JDT.

Advertisements

“Saya ingin semua orang tahu bahwa sebelum saya mengambil keputusan ini, saya juga mendapatkan beberapa tawaran dari beberapa liga besar dari negara lain.

“Saya menyertai JDT bukan kerana wang semata-mata sebaliknya sertai JDT adalah berdasarkan usaha saya beradaptasi di Asia.

“Dekatnya (lokasi Johor) dengan Indonesia dan juga saya mungkin dapat beraksi di tahap tertinggi bola sepak Asia, kerana JDT bersaing di ACL, Liga Juara-juara AFC.

Advertisements

Jordi Amat turut menjelaskan bahawa JDT bersaing dengan 16 kelab besar Asia dan beliau turut diundang Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim (TMJ) melawat fasiliti kelab Harimau Selatan tersebut.

“.. saya boleh jamin pada kawan-kawan semua bahawa fasiliti seperti ini (JDT) belum pernah ditemui pada pasukan-pasukan diwakili sebelum ini.

“..saya sangat bangga boleh mewakili pasukan Indonesia dengan tujuan untuk bantu pasukan, hasil kerja keras dan pengalaman saya itu semua akan saya usahakan buat seluruh rakyat Indonesia bangga pada masa akan datang.

Advertisements

“Saya harap semua dapat menghormati keputusan saya meninggalkan eropah, keluarga dan kawan-kawan,” jelas Jordi Amat di Instagram.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram