Jordi Amat Beri Bayangan Bakal Sertai Kelab Asia Tenggara
Dunia
KSS Eupen
Advertisements

Pertahanan naturalisasi Indonesia, Jordi Amat memberi bayangan bahawa beliau sudah jatuh cinta dengan bola sepak di Asia khususnya Asia Tenggara dan memberi petanda untuk beraksi di sini.

Pemain berusia 31 tahun itu bakal menjadi tonik tambahan buat pasukan kendalian Shin Tae Yong dalam usaha mereka untuk memperbaiki ranking FIFA tahun ini.

Walau bagaimanapun, bekas pertahanan Swansea ini menyatakan bahawa terdapat banyak permintaan untuknya kekal beraksi di Eropah.

Advertisements

Namun begitu, beliau akui mempunyai sebab tersendiri untuk menentukan masa depan dalam perjalanan bola sepaknya kelak.

“Ramai yang menghantar mesej kepada saya untuk kekal di Eropah.”

“Saya sudah pun beraksi di sana sepanjang karier saya.”

Advertisements

Kapten pasukan KAS Eupen ini juga tidak menafikan bahawa sememangnya terdapat liga utama dunia di Eropah, namun bola sepak di Asia juga mempunyai kualiti dan taraf yang amat baik.

“Kamu seharusnya berbangga dengan apa yang telah kamu capai di Asia.”

“Ada pasukan yang hebat, liga yang hebat dan bola sepak berkembang dengan cukup pesat di Asia,” jelasnya menerusi Instagram Storynya.

Advertisements

Sebelum ini, Amat telah dikaitkan dengan perpindahan ke Johor Darul Ta’zim (JDT) sungguhpun terdapat desas-desus beliau turut ditawarkan kontrak oleh kelab Jepun dan Korea.

Ini sekaligus menguatkan spekulasi beliau akan beraksi di Asia dan mungkin Asia Tenggara menjadi destinasi pilihannya.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram