Video: Aksi Latihan Jordi Amat & Daniel Ting Di Pusat Latihan JDT
Dunia
Johor Southern Tigers
Advertisements

Dua pemain baharu pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Jordi Amat dan juga Daniel Ting sudah pun mula menjalani latihan bersama pasukan baru-baru ini.

Jordi Amat telah pun menamatkan saga perpindahan apabila sah menyarung jersi pasukan Harimau Selatan sekaligus memperkuat pasukan menjelang kejohanan Liga Juara-Juara Asia (ACL) yang bakal bersambung Ogos ini.

Bukan itu sahaja, kepulangan pertahanan kiri pasukan, Daniel Ting ke Johor jelas bakal memperkuatkan bahagian kiri pasukan dan dijangka memberi saingan sengit kepada Corbin Ong untuk mengemudi posisi tersebut.

Advertisements

Menerusi satu hantaran terbaru Johor Southern Tigers, kedua-dua pemain ini sudah pun menjalani latihan bersama pasukan di padang latihan JDT menjelang persiapan pasukan dalam perlawanan terdekat.

Mereka jelas kelihatan begitu gembira dan bersemangat selain menunjukkan komitmen yang tinggi dalam latihan.

Malah, kehadiran Jordi Amat juga disambut dengan begitu baik oleh rakan sepasukan termasuklah ketua jurulatih, Benjamin Mora.

Advertisements

Pengendali kelahiran Mexico itu memberi sambutan dengan mendakap tubuh pemain itu dengan satu senyuman mesra.

Daniel yang sebelum ini pernah menyarung jersi Harimau Selatan juga tampil penuh bersemangat dengan latihan berintensiti tinggi yang dijalankan di sana.

Perlawanan terdekat JDT bakal melibatkan pertembungan dengan pasukan tangga kedua, Sabah FC pada 15 Julai ini dalam usaha untuk mengekalkan kedudukan di tangga teratas liga.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram