Advertising
Jordi Amat Hilang Kata-Kata, Kirim Mesej Istimewa Buat Penyokong JDT
MakanBola
Johor Southern Tigers

Tonggak pertahanan Johor Darul Ta’zim (JDT), Jordi Amat sempat menyampaikan kata-kata istimewa buat penyokong Harimau Selatan.

Pada Selasa, JDT kembali ke laman sendiri bertemu Pohang Steelers dari Korea Selatan dengan misi penting meraih 3 mata sekaligus mengesahkan tempat ke pusingan kalah mati.

Ad

Pada aksi tersebut, Pohang terlebih dahulu di hadapan hasil tandukan Lee Ho-jae sebelum JDT bangkit merencana gerak dan menemui jaringan penyamaan menerusi Oscar Arribas.

Ad

4 jaringan di babak kedua masing-masing menerusi Bergson, Arif Aiman, Jese dan Jorge Obregon memastikan tempat JDT di pusingan 16 terbaik meski Pohang cuba merapatkan skor.

Kemenangan 5-2 ini membuatkan tonggak JDT, Jordi Amat tergamam dan hilang kata-kata selain mengungkap rasa bangga dapat bersama pasukan ini mara ke pusingan kalah mati.

Ad

”Apa yang boleh saya katakan, saya sungguh gembira dan bangga dengan pasukan ini,” luah Jordi Amat dalam satu hantaran.

Ad

”Semua orang di sini sangat penting, ini untuk rakyat Johor. Mari nikmatinya, ayuh,” ujar Amat penuh semangat.

Ad

Kemenangan ini meletakkan JDT ketika ini berada di tempat ke-3 carta kedudukan ACLE setelah kelab China, Shandong Taishan mengambil keputusan untuk menarik diri pada saat akhir.

Oleh itu, JDT dijangka bakal bertemu Buriram United yang ketika ini berada di tangga ke-6 tatkala menanti kemas kini rasmi oleh pihak Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC).

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments