Advertising
Jordi Amat Janjikan Aksi Sengit Bertemu Gergasi China
MakanBola
Johor Southern Tigers

Kapten Johor Darul Ta’zim (JDT), Jordi Amat menjanjikan aksi terbaik menjelang perlawanan pertama AFC Champions League Elite (ACLE) menentang Shanghai Port dari China pada Rabu.

Turun selaku Juara Liga Super 2023, JDT berdepan ujian dari wakil China, Shanghai Port yang memiliki rekod kebal dalam saingan domestik apabila hanya tewas sekali dalam lima aksi.

Ad

Skuad Harimau Selatan pula hadir berbekalkan nafas yang segar setelah muncul juara Piala FA selain kehadiran pemain-pemain import baharu bagi memperkuat pasukan.

Ad

Menurut Amat, pertemuan pada Rabu bakal menjanjikan aksi sengit antara kedua-dua pasukan memandangkan Shanghai Port kini berada di tangga teratas Chinese Super League.

”Esok (Rabu) akan menjadi perlawanan yang sengit (kerana) kami akan berdepan pasukan terbaik China ketika ini,” ujar Amat ketika di sesi sidang media pada Selasa.

Ad

”Jadi, kami (JDT) perlu tampilkan persembahan terbaik untuk memenangi aksi ini, dan berasa teruja serta tidak sabar bagi memulakan kejohanan (ACLE) ini,” tambah pemain Indonesia ini.

Ad

JDT dan Shanghai Port akan bertemu dalam perlawanan pertama ACLE di Pudong Football Stadium pada Rabu dengan sepak mula perlawanan pada jam 8 malam waktu tempatan.

Ad