Advertisement
Shanghai Port Kebal Sebelum Hadapi JDT
ACL
MakanBola
SPFC/JST

Jaguh Liga China, Shanghai Port memegang rekod kebal sebelum berdepan wakil Malaysia, Johor Darul Ta’zim (JDT).

Kedua-dua pasukan bakal bertemu pada aksi pembukaan kempen Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE) kurang 8 hari lagi.

Pasukan bimbingan Hector Bidoglio dalam momentum terbaik selepas muncul juara Piala FA 2024 dengan menundukkan Selangor 6-1.

Prestasi Shanghai Port mencuri tumpuan tatkala kelab gergasi China itu berada pada tangga teratas saingan Chinese Super League (CSL).

Pasukan kendalian Kevin Muscat merakamkan 4 kemenangan daripada 5 aksi terakhir selain mencapai kemenangan ke-20 musim ini.

Shanghai Port menewaskan Nantong Zhiyun 8-1, Shandong Taishan dengan jaringan 1-0, Meizhou Hakka 7-2 dan Tianjin Jinmen 3-0 bagi aksi Chinese FA Cup.

Shanghai Port bagaimanapun tewas satu perlawanan menentang Shanghai Shenhua dengan keputusan 3-1.

Kevin Muscat juga berjaya memastikan bahawa anak buahnya menjaringkan 20 gol dan hanya dibolosi dengan 7 gol daripada 5 perlawanan terakhir pasukan.

Kelab yang dibintangi nama-nama besar seperti Oscar, Matias Vargas dan juga Leo Cittadini ini bakal melayan kunjungan skuad Harimau Selatan di Fudong Football Stadium pada 18 September 2024.