Jordi Amat Rasmi Milik JDT
Dunia
MakanBola
Johor Southern Tigers
Advertisements

Pertahanan naturalisasi Indonesia, Jordi Amat hari secara rasminya bergelar pemain baharu Johor Darul Ta’zim (JDT).

Sebelum ini, desas-desus bertiup kencang mengenai kehadiran bekas pertahanan Swansea City ini ke bumi Johor namun tiada sebarang pengumuman dibuat.

Advertisements

Walau bagaimanapun, pertahanan berusia 31 tahun ini telah pun dimaklumkan secara rasminya oleh Duli Yang Amat Mulia, Tunku Ismail idris (TMJ) dalam satu sesi soal jawab bersama penyokong bahawa beliau akan menyertai JDT pada musim ini.

Beliau yang sebelum ini berkelana di Belgium bersama kelab KAS Eupen memiliki pengalaman yang cukup luas di pentas bola sepak Eropah.

Menerusi satu hantaran oleh Johor Southern Tigers, Amat sah bergelar pemain baharu JDT sekaligus memantapkan lagi barisan pertahanan pasukan menjelang sepak mula ACL Ogos ini.

Advertisements

Beliau akan memakai jersi bernombor 55 selain bakal menjadi tunjang utama di barisan pertahanan pasukan Harimau Selatan.

News Comments Account