Advertisements
Josh Brownhill, Bakat EPL Yang Dicanang Berdarah Malaysia
Harimau Malaya
MakanBola
Burnley FC

Baru-baru ini, nama kapten Burnley, Josh Brownhill menjadi bualan ramai peminat bola sepak Malaysia.

Ini kerana menurut akaun peninjau bakat Future Talents, Brownhill dilaporkan memiliki darah Malaysia dari belah ibunya.

Selain itu, pemain tengah berusia 28 tahun itu turut mengakui mengenali pemain tengah Harimau Malaya, Stuart Wilkin.

“Ya, saya juga mengenali Stuart Wilkin yang kini bermain untuk Malaysia,” katanya kepada akaun tersebut.

Brownhill menjadi tonggak utama Burnley selepas berjaya membantu pasukan itu layak ke Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini.

Mengikut data terbaru Transfermarkt, beliau sudah merekodkan 161 penampilan, 13 gol dan 16 bantuan gol sejak menyertai kelab itu dari Bristol City pada Januari 2020.

Selain Burnley dan Bristol City, Brownhill juga pernah mewakili Manchester United, Preston North End dan Barnsley.

Ini bukan kali pertama Future Talents mendedahkan pemain berbakat EPL yang memiliki darah Malaysia. Sebelum ini, pemain sayap Bournemouth, Marcus Tavernier turut dilaporkan memiliki darah Malaysia oleh akaun sama.