Juan Antonio Puji 4 Pemain Selangor ‘No.24 & 7 Sangat Berkualiti’
UltraSukan
FA Malaysia
Sponsors

Pengendali Johor Darul Ta’zim (JDT), Juan Antonio Miguel Garcia melihat 4 tonggak utama Selangor sebagai pemain berkualiti tinggi ketika bertemu dalam perlawanan akhir pada Ahad.

Juan Antonio membimbing skuad Harimau Selatan menjuarai Malaysia Futsal Cup dengan menewaskan Selangor hasil 3 jaringan daripada Bruno Taffy, Firdaus Ambiah dan Azwann Ismail.

Ad

Ditemui ketika sesi sidang media pasca perlawanan, Juan Antonio menyifatkan Selangor sebagai lawan yang bagus namun hanya pasukan terbaik yang layak membawa pulang trofi.

Ad

”Bagi saya, satu perlawanan yang sengit hari ini berdepan satu lawan yang sangat bagus (Selangor) dan saya sangat gembira dengan pasukan saya,” ujar Juan Antonio kepada pihak media.

”Tetapi dalam final ini, hanya satu pasukan yang muncul juara dan JDT hadir bagi merealisasikan impian serta menunjukkan mereka semakin bertambah baik. Pada saya, pasukan terbaik yang memenangi Malaysia Futsal Cup.”

Ad

Tambah beliau lagi, para pemain Selangor diakui mempunyai kualiti yang tinggi untuk bersaing dan melihat tonggak muda, Syahir Iqbal sebagai satu prospek yang miliki masa depan cerah.

Ad

”Pemain Selangor mempunyai kualiti, bagi saya susah untuk menyebut nama tetapi jersi nombor 24 (Syahir Iqbal) pemain muda yang miliki masa depan yang sangat bagus.”

Ad

Selain itu, Juan Antonio juga menilai gandingan Johan Faris serta Syed Aizad sebagai dua pemain serangan yang hebat dan Syawal Sabaruddin yang mempamer aksi hebat di pintu gol musim ini.

”Johan (Faris) pemain nombor 7 juga sangat bagus serta pemain nombor 10 (Syed Aizad Daniel) memang bagus,” ujar jurulatih JDT tersebut.

”Mereka juga memiliki penjaga gol (Syawal Sabaruddin) yang hebat dalam saingan liga, bagi saya (Syawal) adalah penjaga gol terbaik dalam liga musim ini.”

Untuk rekod, ini merupakan trofi kedua yang dimenangi oleh JDT selepas berjaya menjulang kejuaraan Malaysia Futsal Premier League (MPFL) 2024 yang lalu dengan mengumpul 39 mata.