Perancang tengah pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Juan Muniz kembali menjadi perhatian di Asia apabila memperagakan aksi yang cukup baik bersama pasukan.
Pemain berusia 31 tahun itu beraksi dua perlawanan di pentas Liga Juara-Juara AFC (ACL) bersama Harimau Selatan menentang Kawasaki Frontale dan juga BG Pathum United.
Bintang kelahiran Sepanyol ini menjadi pilihan utama ketua jurulatih, Tano Solari untuk mengemudi jentera tengah pasukan.
Menerusi statistik yang dikongsikan oleh AFC, bekas pemain Sporting Gijon itu berjaya berada sebaris dengan pemain ternama di Asia.
Beliau berada dalam senarai sebagai pemain paling banyak menang pertarungan bola di atas padang bersama Arif Aiman Hanapi.
Juan menang 10 pertarungan sementara pemain paling banyak menang pertarungan iaitu 13 pertarungan di atas padang.
Beliau menerima penilaian 8.2 ketika menentang BG Pathum dan 7.6 ketika berdepan Kawasaki Frontale di laman sendiri.
JDT kini mencatatkan satu kemenangan dan satu kalah di ACL dan bakal terbang ke Ulsan pada 21 Oktober 2023 di Korea Selatan.