“Jangan Sampai Kami Naturalisasikan Pemain India” – Kim Pan-gon
Harimau Malaya
Azri/MakanBola
Advertisements

Ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon kurang senang dengan kritikan terbuka yang dilemparkan oleh pengendali India, Igor Stimac.

Malaysia berjaya menundukkan pasukan ke-102 dunia itu dengan keputusan 4-2 sekaligus membawa pasukan ke pentas akhir Pestabola Merdeka 2023.

Sejuru selepas perlawanan, jurulatih kelahiran Croatia itu memberitahu bahawa kejohanan seperti ini layak memiliki fasiliti yang lebih baik.

Advertisements

Beliau juga mengkritik keadaan padang Stadium Nasional Bukit Jalil yang berada dalam keadaan belum bersedia selepas melakukan proses penukaran rumput Zeon Zoysia.

“Amat jelas keadaan padang (SNBJ) hari ini amat teruk. Dengan (pemain) berlari dan memijak padang, ada kebimbangan akan ada kecederaan tetapi mereka semua beraksi dengan bagus.”

Advertisements

Stimac juga mengkritik Malaysia yang dianggap banyak menggunakan tenaga kacukan dan naturalisasi dalam kesebelasan utama pasukan.

Menurut satu perkongsian oleh wartawan Astro Arena, Fina Nasrom, Kim Pan-gon bagaimanapun tampil menjawab kenyataan ini penuh keyakinan.

Advertisements

“Ya ini betul. Kami memiliki ramai pemain kacukan tetapi bukan pemain naturalisasi. Pemain kacukan ini tiada beza dengan pemain tempatan kerana mereka berdarah Malaysia.”

“Jangan sampai kami menaturalisasikan pemain India, jadi jangan menangis, lebih baik anda cermin diri sendiri bagaimana anda boleh tewas kepada pasukan yang berada di ranking 134 dunia” ujar Pan-gon kepada sidang media selepas perlawanan.

Advertisements

Igor bagaimanapun turut memuji kualiti pemain tempatan Malaysia yang turut menyinar ketika berdepan pasukan kendaliannya.

Gandingan jentera serangan tempatan seperti Faisal Halim, Akhyar Rashid, Arif Aiman dibantu pemain kacukan iaitu Darren Lok jelas memberi banyak masalah kepada India yang bolos 4 gol.

Harimau Malaya akan berdepan Tajikistan yang dijadualkan pada 17 Oktober 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil untuk menebus kekecewaan tewas di King’s Cup tahun lalu.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram