Igor Stimac: Kejohanan Ini Layak Miliki Fasiliti Lebih Baik
Harimau Malaya
FA Malaysia
Advertisements

Jurulatih India, Igor Stimac menyifatkan keadaan padang baru Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) menggugat aksi menarik anak-anak buahnya dengan Malaysia hari ini.

Sepanjang perlawanan pertama Pestabola Merdeka 2023 itu, bukan sekali pemain kedua-dua pasukan bergelut dengan keadaan padang yang menggunakan rumput Zeon Zoysia.

Hal ini bukan saja mengecewakan penyokong Harimau Malaya. Malah, ia turut mendapat perhatian DYAM TMJ, Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim.

Advertisements

Stimac berpandangan dengan taraf Pestabola Merdeka sebagai kejohanan tertua di Asia, kejohanan ini selayaknya mendapat kemudahan yang lebih baik buat para pemain.

“Amat jelas keadaan padang (SNBJ) hari ini amat teruk. Dengan (pemain) berlari dan memijak padang, ada kebimbangan akan ada kecederaan tetapi mereka semua beraksi dengan bagus.

Advertisements

“Jadi, tahniah kepada kedua-dua pasukan,” katanya kepada MakanBola dalam sidang media pasca-perlawanan hari ini.

Malaysia pada akhirnya meraih kemenangan 4-2 hasil jaringan Dion Cools, Arif Aiman Hanapi, Faisal Halim dan La’Vere Corbin Ong.

Advertisements

Manakala India pula terpaksa pulang dengan dua gol sumbangan Mahesh Singh Nadrem dan kapten Sunil Chettri.

Malaysia bakal berdepan Tajikistan di pentas final Pestabola Merdeka 2023 pada 17 Oktober ini.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram