Advertising
Julang Malaysia Di Asia, JDT ‘Rampas’ Takhta Kelab No.1 Di ASEAN
ACL
MakanBola
Azri/MakanBola

Wakil tunggal Malaysia di pentas Liga Juara-Juara AFC (ACL), Johor Darul Ta’zim (JDT) kembali merampas kedudukan selaku kelab no.1 di Asia Tenggara selepas mengejutkan wakil Korea Selatan, Ulsan Hyundai.

Skuad kendalian Tano Solari merakamkan kemenangan kedua di Asia musim ini apabila membenam juara K-League itu dengan keputusan 2-1 di Stadium Sultan Ibrahim.

Kemenangan ini telah merancakkan lagi persaingan sengit dengan sebuah lagi pasukan gergasi Asia Tenggara, Buriram United yang juga cemerlang di ACL.

Ad

Buriram United juga berjaya mengejutkan wakil Australia, Melbourne City dengan keputusan 1-0 namun tidak menjejaskan penguasaan baik JDT di rantau ini.

Ad

Menerusi kemas kini oleh laman Opta Analyst, JDT kini kembali menjadi kelab no.1 di ASEAN mengatasi kedudukan Buriram United.

Laman analisis bola sepak yang menyenaraikan hampir 13,500 ranking kelab bola sepak seluruh dunia itu menunjukkan Harimau Selatan mengumpul 74.3 mata sekaligus menyaksikan kedudukan JDT naik ke tangga 392 dunia berbanding tangga ke-573 pada Februari 2023 lalu.

Ad

Kemas kini terbaru ini juga menyaksikan JDT menjadi satu-satunya wakil tunggal Malaysia yang tersenarai dalam kelompok kelab 500 terbaik di dunia setakat ini.

JDT kini menghuni tangga ke-22 kelab di Asia dan lebih baik berbanding kelab-kelab ternama seperti Buriram United (ke-48), Melbourne City (ke-36) dan juga lawan di Kumpulan l, BG Pathum United yang menghuni tangga ke-121 di Asia.

Untitled design 17 Julang Malaysia Di Asia, JDT 'Rampas' Takhta Kelab No.1 Di ASEAN

Harimau Selatan selepas ini akan berdepan kelab Jepun, Kawasaki Frontale bagi aksi kelima ACL dalam misi untuk mara ke pusingan kalah mati.

JDT bagaimanapun kekal menjadi kelab paling unggul di Malaysia dan jauh meninggalkan kedudukan kelab kedua, Selangor yang berada di tangga ke-1900 dan Terengganu ketiga di tangga 1947 dunia.

Untitled design 18 Julang Malaysia Di Asia, JDT 'Rampas' Takhta Kelab No.1 Di ASEAN