Advertising
Junior Eldstal Kembali Ke Pangkuan JDT
MakanBola
Johor Southern Tigers

Kelibat pertahanan Harimau Malaya, Junior Eldstal dilihat berada di sesi latihan Johor Darul Ta’zim (JDT).

Menerusi satu hantaran di media sosial JDT, kelihatan para pemain JDT sudah mula turun ke sesi latihan pasukan bagi persediaan menghadapi aksi pra musim.

Tetapi, lebih mencuri tumpuan adalah kehadiran semula Junior Elstal yang turut menyertai latihan bersama rakan sepasukan yang lain dikongsikan di Facebook rasmi Johor Southern Tigers.

Ad

Junior sebelum ini berkelana ke negara jiran, Indonesia untuk menyertai pasukan Dewa United secara pinjaman pada Julai 2023.

Di sana, pemain berusia 33 tahun ini hanya melakukan 5 penampilan dengan mencatatkan 265 minit permainan tanpa sebarang gol mahu pun bantuan jaringan.

Ad
Ad

Kini kepulangan bekas pertahanan Chonburi itu bakal menyaksikan persaingan merebut tempat di posisi pertahanan skuad Harimau Selatan bakal menjadi lebih sengit.

Ad

JDT bakal memulakan aksi pra musim mereka di Eropah dengan negara Sepanyol dan Portugal menjadi pilihan juara Liga Super 10 tahun berturut-turut itu.