JDT Bakal ‘Terbang’ Ke Sepanyol & Portugal
Eropah
Johor Southern Tigers
Advertisements

Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) telah mengesahkan bahawa pasukan akan menjalani pra-musim 2024 dan 2025 di Sepanyol dan Portugal.

Menerusi perkongsian yang dilakukan oleh laman Johor Southern Tigers, keputusan ini susulan perbincangan yang menggalakkan antara DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor dan pemilik Portimonense FC, Constantin Teodoro Panagopoulos.

DYAM TMJ sebelum ini dalam satu wawancara pernah memaklumkan bahawa skuad Harimau Selatan akan terbang ke Eropah untuk menjalani latihan pra-musim dan bertemu pasukan lebih hebat sebagai persiapan pasukan.

Advertisements

Setelah mencapai persetujuan dengan Constantin Panagopoulos yang merupakan sahabat Baginda dan pemegang saham beberapa kelab di Eropah, hasrat untuk melihat JDT ke Eropah bakal tercapai.

“JDT telah ditawarkan untuk menggunakan kemudahan fasiliti latihan terbaik di Portugal tanpa menanggung sebarang kos.”

“Pasukan Harimau Selatan ingin meningkatkan lagi prestasi dengan perlawanan-perlawanan pramusim berkualiti di Eropah mulai musim depan.”

Advertisements

Sebelum ini, JDT telah mengadakan pramusim di Dubai, Emiriah Arab Bersatu sejak 2020 untuk beraksi dengan beberapa pasukan elit dunia.

Langkah untuk menjalani latihan pra-musim di Eropah adalah pendekatan untuk lebih maju pada masa hadapan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram