Advertising
Jurang Ranking Perseorangan Malaysia Buat Roslin Hashim Resah
UltraSukan
Astro Arena

Bekas pemain nombor satu dunia, Roslin Hashim resah dengan jurang ranking membabitkan pemain perseorangan lelaki Malaysia.

Kemas kini terbaru ranking Persekutuan Badminton Sedunia (BWF) menyaksikan Lee Zii Jia muncul perseorangan lelaki nombor satu Malaysia. Zii Jia kini menduduki ranking keenam dunia.

Ad

Ini disusuli Leong Jun Hao yang menduduki ranking ke-29 dunia. Justin Hoh dan Aidil Sholeh masing-masing menduduki ranking ke-53 dan ke-82 dunia.

Ad

Tan Jia Jie pula berada di kedudukan ke-90 dunia. Kok Jing Hong dan Eugene Ewe masing-masing menduduki ranking ke-101 dan 102 dunia.

Ong Zhen Yi, Samuel Lee dan Ng Tze Yong pula masing-masing menduduki tangga ke-109, 200 dan 202 dunia ketika ini.

Ad

Situasi ini meresahkan Roslin kerana ini akan menyukarkan kem badminton Malaysia bersaing dalam kejohanan-kejohanan bertaraf dunia seperti Sukan Olimpik dan Thomas Cup.

Ad

Ini kerana jurang sebegini menunjukkan terdapat jurang besar dari segi kualiti membabitkan pemain-pemain perseorangan negara.

Ad

“Macam Lee Zii Jia, dia bukan dalam radar Kenneth (Jonassen) tetapi dia juga dalam kelompok untuk layak ke Olimpik. Ini sebab dia pemain nombor satu Malaysia sekarang, ranking pun nombor lima (kini keenam dunia),” katanya semasa menjadi tetamu The Bang Med Show.

“Jadi kalau kita tengok (ranking) dia dan Jun Hao agak jauh. Sebenarnya, yang kita nampak kenapa pemain perseorangan kita tiada, sebab jurang (ranking) itu terlalu jauh.”

Justeru, Roslin melihat aspek ini bakal menjadi fokus ketua jurulatih perseorangan baharu negara, Kenneth Jonassen.

Jonassen telah tiba di Malaysia sejak 1 Januari lalu bagi membantu persiapan pemain-pemain perseorangan negara menghadapi Malaysia Open 2025.