Pertembungan dua penyerang utama iaitu Chris Wood dan Romel Morales menghiasi aksi antara New Zealand dan Malaysia.
Skuad kendalian Pau Marti dalam momentum cemerlang selepas kuncul juara Pestabola Merdeka 2024.
Harimau Malaya juga melonjak dua tangga dan kini menghuni tangga ke-132 dunia sementara All Whites menghuni kedudukan ke-95 dunia.
Kedua-dua pasukan dijangka mempertaruhkan penyerang utama iaitu Chris Wood bersama New Zealand manakala penyerang JDT, Romel Morales bersama Harimau Malaya.
Berdasarkan kemas kini laman Transfermarkt, pasaran Chris Wood adalah 7 Juta Euro (RM32 Juta) dan menjadi pemain paling bernilai dalam skuad kendalian Darren Bazeley.
Romel Morales pula dinilai pada tanda harga 275,000 Euro (RM1.3 Juta) dengan impaknya begitu besar sejak mewakili Malaysia pada pentas Piala Asia 2023.
Pengendali kelahiran Sepanyol itu bagaimanapun memiliki pilihan tambahan untuk mengemudi jentera serangan seperti Darren Lok, Syafiq Ahmad dan juga Haqimi Azim.
Aksi antara New Zealand dan Malaysia berlangsung pada 14 Oktober 2024 jam 2 petang waktu tempatan.