Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menjelaskan sebab pengendali Malaysia B-23, Juan Torres bersama Pau Marti bagi mengemudi skuad kebangsaan.
Perkara ini dijelaskan oleh Presiden FAM, Tan Sri Dato’ Hamidin Mohd Amin berkenaan keputusan duo Sepanyol itu mengemudi Harimau Malaya.
Baru-baru ini, skuad kebangsaan mengharungi kempen cemerlang apabila muncul juara Pestabola Merdeka 2024.
Hamidin memaklumkan bahawa Pau Marti meminta agar khidmat Juan Torres dapat bersama untuk melatih skuad senior sungguhpun terdapat siri persahabatan skuad B-19 di China.
“Shukor Adan bawa pasukan B-19 ke China, Juan Torres bersama pasukan senior selepas itu akan ke Tajikistan.
“Selepas tugasan itu, beliau akan menyambung semula tugasnya sebagai pembantu Pau Marti.
Hamidin turut memberitahu bahawa Pau Marti yang meminta khidmat Juan Torres untuk membantunya bersama Harimau Malaya.
“Pau Marti nak dia (Juan Torres),” jelas Hamidin ketika ditemui di Wisma FAM.
Skuad negara telah meraih keputusan seri menentang Auckland baru-baru ini dengan ujian sebenar adalah aksi menentang New Zealand pada 14 Oktober 2024.