Dunia
Advertisements

Menurut salah satu sumber MakanBola di eropah, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sedang membuat rundingan bersama jurulatih Piala Dunia dari Jerman, Jurgen Klinsmann.

https://twitter.com/J_Klinsmann/status/1206466183626661888

Klinsmann (55 tahun) yang juga digelar dengan gelaran ‘Flipper’ pernah menjadi Ketua Jurulatih skuad Piala Dunia Jerman pada tahun 2006 dan juga skuad Piala Dunia Amerika Syarikat pada tahun 2011 – 2016.

jurgen klinsmann 2961507b Jürgen Klinsmann Bakal Naungi Harimau Malaya?

Bekas penyerang Bayern Munich dan Tottenham Hotspur ini dikenali dengan corak permainan menyerang dan ‘possession football’ menjadi pilihan Persatuan Bola Sepak Malaysia untuk membantu skuad Harimau Malaya layak ke Piala Dunia dalam tempoh kurang 20 tahun.

Advertisements
Tan Cheng Ho bakal menerima suntikan pakar taktikal dari Jerman untuk layak ke Piala Asia dan Piala Dunia.

Buat masa ini kami masih belum menerima sebarang maklum balas berkenaan tugas sebenar Klinsmann di Malaysia namun dipercayai beliau bakal mengetuai pembangunan bola sepak akar umbi disamping membantu Tan Cheng Ho menyediakan skuad terbaik untuk layak ke Piala Asia dan Piala Dunia.

Klinsmann kini bersama Hertha Berlin untuk kontrak jangka masa pendek sehingga pertengahan tahun 2020.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram