Advertisement
Jurgen Klopp Mula Risau Berdepan Manchester United
Dunia
MakanBola
Liverpool FC

Jurulatih Liverpool FC, Jurgen Klopp mula menzahirkan kerisauan menjelang pertemuan dengan musuh tradisi, Manchester United.

Pengurus kelahiran Jerman itu mengakui pssukannya kini bukan dalam keadaan yang baik selepas tidak mencatat sebarang kemenangan dalam dua perlawanan pembukaan musim ini.

Klopp dalam satu temubual pra perlawanan menjelaskan, beliau tidak merasakan bahawa ia bakal menjadi tugas yang mudah buat anak buahnya untuk menentang United hujung minggu ini.

Sungguhpun beliau mengakui bahawa keadaan pasukannya baik sahaja ketika ini, namun mereka tidak boleh menandang rendah kemampuan anak didk Ten Hag.

“Saya lebih rela menentang mereka ketika United menang 5-0 pada perlawanan sebelumnya.”

Klopp menganggap ini hanyalah situasi sementara dan Liverpool tidaklah menjadi pilihan utama untuk mencatat kemenangan di Old Trafford Selasa ini.

Bekas pengurus Borussia Dortmund ini mahu anak buahnya fokus dalam mengharungi 90 minit permainan nanti.

Liverpool dan United kini masing-masing tidak mencatat sebarang kemenangan musim ini sekaligus bakal membuatkan perlawanan ini bertambah sengit.