Jurulatih Bahrain: Indonesia Ada 300 Juta Orang & Masih Bawa Pemain Dari Belanda
MakanBola
Timnas Indonesia
Sponsors

Jurulatih Bahrain, Dragan Talajic hairan melihat corak strategi Indonesia yang masih memanggil pemain dari Belanda meski memiliki jumlah penduduk sekitar 300 juta orang.

Kedua-dua pasukan dijadualkan bertemu dalam perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2026 dengan Indonesia mahu bangkit dari kekalahan di tangan Australia bagi hidupkan peluang ke pusingan seterusnya.

Ad

Menjelang aksi kali ini, Dragan Talajic selaku jurulatih Bahrain tiba di sidang media dengan satu kenyataan panas mengenai program naturalisasi yang kini rancak dilakukan oleh pasukan Indonesia.

Ad

Menurut Talajic, beliau banyak kali menonton aksi Indonesia sebelum ini dan terkejut melihat penambahan pemain baharu yang dibawa dari benua Eropah seperti dari negara Belanda dan England.

“Saya menonton banyak perlawanan Indonesia. Setiap kali itu pasti ada pemain baharu yang tiba, tapi bukan dari Indonesia, (mereka) dari Belanda dan England,” kata Talajic berdasarkan laporan Vivagoal.

Ad

Disebabkan itu, Talajic meluahkan rasa hairan oleh kerana Indonesia adalah negara yang sangat besar dan diduduki oleh 300 juta orang namun masih membawa pemain dari Belanda.

Ad

“Ya Allah sahabatku, kamu (Indonesia) miliki 300 juta orang, dan kamu (masih) membawa pemain dari Belanda,” tambah Talajic sambil tertawa.

Ad

Walau bagaimanapun, beliau tetap menghormati strategi lawan dan enggan menjadikan aksi Indonesia vs Australia sebagai rujukan kerana percaya itu bukanlah gambaran sebenar mereka.

”Tak mengapa, itu bagus tetapi kami sangat menghormati mereka (Indonesia), percayalah saya tak peduli mengenai permainan yang ditampilkan ketika bertemu Australia.”

”Itu bukan gambaran sebenar pasukan Indonesia, kami tahu kami datang dengan penuh rasa hormat tetapi juga dengan penuh keyakinan untuk memenangi perlawanan ini,” tambah jurulatih itu.

Untuk rekod, Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI) telah membawa masuk 3 pemain warisan baharu untuk aksi Kelayakan Piala Dunia ini iaitu Dean James, Emil Audero dan Joey Pelupessy.

Aksi Indonesia vs Bahrain bakal berlangsung pada Selasa, 25 Mac di Stadium Gelora Bung Karno dengan sepak mula tepat jam 9.45 malam.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments