Penampilan pengendali Johor Darul Ta’zim (JDT), Benjamin Mora sering kali menjadi perhatian para peminat bola sepak terutamanya penyokong JDT itu sendiri. Baru-baru ini terdapat foto Mora yang dilihat semakin ‘fit’ dalam sesi latihan JDT.
Menjengah ruangan komen di laman facebook rasmi, Johor Southern Tigers, Mora dipuji selepas beliau dilihat mempunyai susuk tubuh yang tegap dan dilihat seperti seorang pemain bola sepak profesional.
Tidak semua jurulatih di dunia ini memiliki susuk tubuh yang tegap seperti Benjamin Mora. Pengendali dari Mexico itu juga disamakan dengan pengendali Atletico Madrid, Diego Simeone.
Kejayaan demi kejayaan yang dicipta Mora membuktikan bahawa beliau komited dengan kerjayanya sebagai ketua jurulatih di JDT. Tidak mustahil beliau berdisiplin dalam menjaga pemakanan dan kesihatan beliau sekaligus menjadikan tubuh badannya kelihatan seperti seorang pemain bola sepak.
Mora kini berada di landasan terbaik untuk menjulang kejuaraan Liga Super bersama JDT apabila kelab itu sekali lagi berada di takhta Liga Super dengan berkelebihan 4 mata meninggalkan pesaing terdekat Sabah FC.