Jurulatih Jordan Undur Diri Secara Terpaksa
Asia
AFC
Advertisements

Ketua jurulatih Jordan, Hussein Ammouta difahamkan terpaksa menundur diri secara terpaksa sekaligus bakal melepaskan posisi yang baru disandangnya tahun lalu.

Pengendali kelahiran Maghribi itu melakukan tugas yang cukup baik untuk mencipta sejarah mara ke pentas akhir Piala Asia 2023.

Jordan juga mencipta kejutan besar untuk menundukkan pasukan ke-25 dunia, Korea Selatan pada aksi separuh akhir dengan keputusan 2-0.

Advertisements

Sebelum ini, Ammouta menzahirkan rasa dukacita melihat nasib rakan sejawat, Jurgen Klinsmann yang hilang jawatan apabila dipecat oleh Persatuan Bola Sepak Korea (KFA).

Menerusi satu temu bual oleh sebuah rancangan televisyen di Maghribi (Channel 2), beliau mengesahkan akan meninggalkan Jordan atas sebab peribadi.

Beliau juga menafikan bahawa telah menerima tawaran untuk mengemudi pasukan lain yang mempengaruhi keputusannya.

Advertisements

“Saya perlu pulang ke Maghribi, ke kampung halaman saya untuk bertemu dengan keluarga. Seperti yang saya katakan sebelum ini, terdapat masalah yang perlu saya hadapi melibatkan keluarga saya.”

“Saya tidak akan meninggalkan pasukan sekarang, tetapi mungkin dalam 3-4 bulan akan datang,” ujar laporan Sports Chosun.

Naib Presiden Bola Sepak Jordan juga berharpa agar Ammouta kekal membimbing pasukan susulan prestasi cemerlangnya.

Advertisements

“Ammouta kini sedang bercuti, beliau ada masalah peribadi dan kita akan terus mengikuti perkembangannya. Beliau (Ammouta) memainkan peranan besar dalam meyakinkan para pemain.”

Jurulatih berusia 54 tahun itu memiliki pengalaman luas selepas pernah mengemudi pasukan kebangsaan Maghribi dan beberapa kelab seperti Al-Sadd dan Wydad Casablanca di negaranya sebelum ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram