Jurulatih Kawasaki Frontale Tak Boleh Duduk Diam Dengan Semangat Juang JDT
Dunia
milinzhuli
Advertisements

Pengendali Kawasaki Frontale, Toru Oniki dilihat tidak boleh duduk diam dengan semangat yang ditunjukkan oleh pasukan JDT yang kini masih tidak tewas dalam dua perlawanan awal Kumpulan I, Liga Juara-Juara Asia (ACL).

Beliau akui anak buahnya akan berdepan dengan kesukaran pada perlawanan esok kerana JDT memiliki pemain yang berkualiti dan bukan mudah untuk mengekang kemaraan penyerang mereka.

Dalam pada itu, Oniki juga sedar bahawa JDT pasti akan bermain secara asakan. Namun dalam masa yang sama beliau sudah menegaskan kepada pemain harus menjaringkan gol pada perlawanan tersebut.

Advertisements

“Kita sedar kita akan berdepan dengan kesukaran pada perlawanan ini kerana JDT memiliki ramai pemain berkualiti dan bukan mudah untuk mengekang asakan-asakan mereka,” jelasnya.

“Kita juga sedar bahawa JDT akan bermain secara menyerang, tetapi dalam masa sama saya juga mengingatkan pemain untuk menjaringkan gol pada perlawanan berkenaan.”

Bukan itu sahaja, beliau juga mahu skuad kendaliannya itu mengekalkan rentak kemenangan apabila berdepan Johor Darul Ta’zim (JDT).

Advertisements

Tambahnya lagi, pesanan kepada anak buahnya supaya tidak memandang rendah keupayaan lawan tetapi sebaliknya fokus kepada corak permainan yang dirancang olehnya.

“Bagaimanapun, saya tetap mengingatkan pemain untuk beraksi dengan mengekalkan rentak permainan kita dan paling penting, jangan sesekali memandang rendah keupayaan lawan (JDT) tetapi sebaliknya fokus kepada cara permainan kita sendiri.” katanya kepada Sinar Harian.

Kawasaki yang menang besar menentang Guangzhou FC dengan jaringan 8-0 yang lepas bakal menentang pasukan JDT di  di Stadium Sultan Ibrahim, malam esok.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram