Jurulatih Korea Selatan Lega Tamatkan Kemarau Kemenangan 16 Tahun
MakanBola
Korean FA

Jurulatih Korea Selatan, Hong Myung-bo mengakui lega kerana dapat menamatkan penantian kemenangan Korea Selatan dalam aksi pertama Piala Dunia selama 16 tahun.

Kali terakhir Korea Selatan melakukannya ialah edisi 2010 di Afrika Selatan. Pada ketika itu, Pahlawan Taeguk yang dibimbing Huh Jung-moo menewaskan Greece 2-0.

Sejak itu, Korea Selatan gagal merekodkan sebarang kemenangan dalam aksi pembukaan Piala Dunia dari edisi 2014 hingga 2022. Rekod buruk itu akhirnya dipadamkan dengan kemenangan 2-1 ke atas Czechia dalam aksi pembukaan Piala Dunia 2026.

Lebih manis buat Myung-bo, kejayaan ini turut menutup memori buruk gagal merekodkan sebarang kemenangan di Brazil pada 2014.

“Walaupun beraksi sebagai pemain, saya pertama kali menyertai Piala Dunia 1990 di Itali dan memenangi (aksi) Piala Dunia pertama saya di Korea-Jepun pada tahun 2002 selepas 12 tahun.

“Saya juga memenangi (aksi) Piala Dunia pertama saya dalam tempoh 12 tahun sebagai jurulatih. Saya gembira sebagai pengarah.

“Walau bagaimanapun, saya fikir kemenangan ini dicapai oleh pemain yang bekerja keras. Saya tidak mempunyai apa-apa untuk dikatakan selain daripada pemain kami telah bermain dengan baik,” katanya seperti dilaporkan Sports Chosun.

Kemenangan ini menyaksikan Korea Selatan dan Mexico berkongsi kedudukan teratas Kumpulan A dengan tiga mata. Selepas ini, kedua-dua pasukan akan berentap dalam aksi kedua kumpulan pada 19 Jun ini.