Jurulatih Korea Selatan, Paulo Bento Letak Jawatan
Piala Dunia
CBS Sports Golazo
Advertisements

Kemenangan 4-1 Brazil ke atas Korea Selatan dalam pusingan kalah mati Piala Dunia 2022 awal pagi ini bukan saja menandakan berakhirnya perjuangan Pahlawan Taeguk dalam kejohanan. Malah, ia sebenarnya perlawanan terakhir buat Paulo Bento yang mengumumkan perletakan jawatannya sebagai jurulatih Korea Selatan.

Bento yang mengambil alih pasukan pada 2018 mendedahkan beliau sudah mengambil keputusan untuk meletak jawatan selepas tamat kejohanan di Qatar. Pahlawan Taeguk gagal mencipta kejutan ke atas pasukan pilihan Selecao, sebaliknya pasukan gergasi Asia itu yang dikerjakan barisan bintang ternama Brazil yang diketuai Neymar dan Richarlison.

Bercakap kepada media selepat tamat perlawanan, Bento berkata, “Kita perlu berfikir tentang masa depan dan ia bukannya dengan pasukan kebangsaan Korea Selatan. Saya telah membuat pengumuman ini kepada para pemain dan presiden Persatuan Bola Sepak Korea (KFA) bahawa keputusan ini telah dibuat seawal September lepas.

Advertisements

“Hari ini, saya telah mengesahkannya dan saya mengucapkan terima kasih atas semua yang mereka lakukan. Mereka telah melakukan yang terbaik dan saya merasa gembira dan bangga sebagai pengurus mereka. ” Di bawah bimbingannya, Pahlawan Taeguk berjaya mara ke pusingan kalah mati Piala Dunia buat kali pertama dalam tempoh 12 tahun.

Bekas jurulatih Portugal itu bakal berehat seketika dari dunia kejurulatihan sebelum memikirkan hala tuju kerjayanya yang seterusnya. Selain pasukan kebangsaan Portugal dan Korea Selatan, Bento juga pernah menguruskan Sporting Lisbon dan Olympiacos.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram