Jurulatih Thailand Puji Kualiti Pemain Sayap Muda Malaysia
MakanBola
FA Malaysia
Sponsors

Jurulatih Thailand, Emerson Pereira memuji kualiti yang dimiliki oleh pemain sayap muda Malaysia.

Skuad bawah 19 tahun negara kini sedang berjuang hebat di Surabaya, Indonesia dalam saingan ASEAN U-19 Boys Championship dengan mencatatkan 2 kemenangan besar ke atas Brunei dan Singapura.

Ad
Sponsors

Pada aksi pertama, anak-anak buah Juan Torres garang membelasah Brunei 11-0 sebelum meraih tiga mata sekali lagi dengan menewaskan Singapura 5-0 dalam aksi kedua pada Isnin lalu.

Ad

Persembahan memukau skuad muda negara membuatkan jurulatih Thailand, Emerson Pereira kagum menjelang aksi terakhir peringkat kumpulan C membabitkan kedua-dua negara pada Khamis.

“Bagi saya, Malaysia adalah pasukan yang baik. Mereka memiliki pemain sayap yang baik di kedua-dua bahagian sayap. Tetapi saya percaya kepada pasukan dan pemain saya,” ujarnya seperti yang dilaporkan TheThao247.

Ad
View this post on Instagram

A post shared by ช้างศึก ฟุตบอลทีมชาติไทย 🇹🇭 (@changsuek)

Ad

Thailand kini menghuni tangga kedua kumpulan, berkongsi 6 mata bersama Malaysia namun skuad negara memiliki kelebihan dari segi jaringan setelah merekodkan 16 gol tanpa bolos.

Ad

Pertembungan Thailand dan Malaysia bakal berlangsung pada Khamis, jam empat petang waktu tempatan bagi menentukan kedudukan juara dan naib juara kumpulan C.