Berhadapan Malaysia & Thailand, Jurulatih Trinidad & Tobago Anggap Ini Peluang Terbaik Mereka Buktikan Sesuatu
Dunia
MakanBola
TTFA & Khairul / MakanBola
Advertisements

Ketua jurulatih pasukan Trinidad & Tobago, Angus Eve melihat keputusan untuk menyertai kejohanan King’s Cup sebagai tindakan yang telah bagi persediaan pasukan pada masa hadapan.

Pasukan yang berada pada kedudukan ke-101 dunia ini menjadi salah satu pasukan selain tuan rumah, Thailand, Malaysia dan juga Tajikistan bagi mengisi jadual perlawanan persahabatan kalendar FIFA September ini.

Advertisements

Mengulas lanjut, beliau mahu kejohanan ini dimanfaatkan sebaik mungkin dan menjadi medan persediaan sebelum menyertai Gold Cup 2022 dan juga Nations League selepas ini.

“Ini peluang terbaik kami untuk mendapatkan dua perlawanan bagi kalendar FIFA.”

Advertisements

“Ini juga menjadi proses yang berterusan untuk mendapatkan rentak terbaik buat pasukan terutamanya menjelang Kelayakan Piala Dunia 2026.”

Tambahnya, pasukan kendaliannya juga lini dalam rentak terbaik pada kejohanan Concacaf Nations League setelah meraih 3 kemenangan dan mahu pasukannya mengekalkan momentum baik ini.

Advertisements

Beliau juga menzahirkan rasa teruja atas kerjasama dua pihak yang berjaya meralisasikan hasrat pasukannya menyertai King’s Cup edisi kali ini.

“Saya mahu ucapkan terima kasih kepada Persatuan Bolasepak Thailand (FAT) dan juga Persatuan Bolasepak Trinidad (FATT) kerana mencapai persetujuan bagi membuka peluang buat pasukan kami beraksi dalam kejohanan ini,” jelasnya dalam satu kenyataan.

Advertisements

Persediaan pasukannya bagi perlawanan ini akan dimulakan dalam beberapa minggu akan datang sebelum Eve mengumumkan senarai akhir yang bakal dibawa ke Chiang Mai.

News Comments Account