Gergasi bola sepak Thailand, BG Pathum bakal beradu kekuatan dengan juara dua kali Asia, Urawa Red Diamonds dalam kejohanan Liga Juara-Juara Asia (ACL), Isnin ini ketika jurulatih kelab Jepun itu, Ricardo Rodriguez menganggap pertemuan ini cukup istimewa.
Perlawanan yang bakal berlangsung di Stadium Saitama ini bakal menjanjikan kehangatan tatkala wakil dari Korea Selatan, Jeonbuk Motor bakal berdepan gergasi bola sepak Jepun, Vissel Kobe.
Urawa Reds yang merupakan belas pemenang kejuaraan berprestij ini pada 2006 dan 2016, diundi untuk menentang pasukan kendalian Makoto Teguramori pada hari Sabtu selepas menundukkan wakil Malaysia, Johor Darul Ta’zim JDT) 5-0 pada Pusingan 16 terbaik.
Wakil Thailand ini menempah tiket ke peringkat suku akhir selepas membenam wakil Hong Kong, Kitchee dengan keputusan 4-0.
Namun begitu, menurut pengendali Urawa Reds yakin setiap pasukan yang sudah pun sampai ke tahap ini mahu membuktikan kualiti yang diharapkan.
“Sudah tentu, setiap pasukan telah menunjukkan sesuatu untuk berada di sini ketika ini, jadi mana-mana kelab akan menjadi lawan yang sukar,” kata jurulatih Urawa, Ricardo Rodriguez.
Beliau yang juga bekas jurulatih BG Pathum menyifatkan pertembungan ini sangat istimewa namun pasukannya perlu kekal waspada.
“Saya adalah jurulatih (BG Pathum United) beberapa tahun lalu jadi saya mempunyai kenangan yang baik, ia akan menjadi perlawanan yang sangat istimewa untuk saya. “
“Ia bukan satu perlawanan yang mudah jadi kami perlu menunjukkan tahap yang tinggi.”
Perlawanan suku akhir akan dimainkan pada hari Isnin dengan separuh akhir pula bakal diadakan pada hari Khamis.
Pemenang pertembungan itu dengan menghadapi pasukan pendahulu di Asia Barat dalam perlawanan akhir.